Tuesday 10 December 2013

MAJLIS AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR MURID



Bila akhir tahun, mesti akan adakan Majlis Perpisahan Akhir Tahun untuk menghargai murid sebelum masuk ke Tahun 1. Majlis ini telah dijalankan sebelum cuti akhir tahun pada 11 November 2013. Walaupun majlis ini ringkas, tapi ia amat meriah dengam kehadiran semua guru & staff dari Sek Keb Kemedak.
Antara gambar yang sempat saya ambil..yela saya sibuk uruskan bahagian makanan. Jom kita jamu mata dengan sedikit gambar ini.


Cantik x topi kami..buat sendiri ni.

Kek majlis kami...sedia untuk ditiup beramai-ramai.

Antara juadah untuk guru-guru, staff dan murid-murid

Snack table


SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PRASEKOLAH

Sambutan Majlis Hari Lahir Murid...

Birthday Adik Mohamad Syafiq Bin Mohd Najib pada 01 September 2013. Usianya genap 6 tahun.
Majlis diadakan hanya simple sahaja tp meriah. Murid- murid sangat gembira.

Kek Hari Lahir.
Murid lelaki prasekolah.
Birthday boy..
Birthday boy
Masing-masing tidak sabar nak makan..
Bersedia nak tiup lilin.
Ucapan dari birthday boy..
Potong kek
Dengan kawan-kawan lain.

Murid Perempuan Prasekolah








Monday 9 December 2013

PENGENALAN PPM



Mesti ramai yang ingin tahu apa itu jawatan Pembantu Pengurusan Murid @ PPM. Seorang Pembantu Pengurusan Murid akan ditugaskan di Sekolah Kebangsaan untuk menguruskan murid-murid prasekolah yang biasa lingkungan umur murid dari berusia lima tahun sehingga 6 tahun. Permohonan Kemasukan murid boleh dibuat di sekolah rendah. Selepas proses permohonan,pemilihan murid akan dipilih didalam mesyuarat pemilihan murid prasekolah disetiap sekolah. Setelah proses pemilihan dibuat, pihak sekolah akan keluarkan satu surat pengesahan dan surat untuk suaikenal murid bagi sesi persekolahan.


MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t.....


Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani ,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka Berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab disekolah rendah.



SELAMAT DATANG KE LAMAN PPM PRASEKOLAH SK KEMEDAK



Assalamualaikum....


Firstly, terima kasih sudi  melayari blog saya..saya pun baru berkecimpung dalam dunia blog..Sebelum ini saya hanya tahu baca blog dari kawan-kawan yang lain, kalau nak buat macam malas sahaja, yela selalu sangat set dekat kepala blogi ni susah..tapi sebenarnya  senang sahaja..Jom la lawat blog Laman PPM Prasekolah SK Kemedak ini akan menceritakan mengenai tugas saya sebagai PPM dan aktiviti yang telah dan akan dijalankan di sekolah saya.